Tuesday, June 17, 2008

PESANAN KU!

PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG NEGARA!!!

SUARA ANAK MUDA

Sejarah mengajar manusia pelbagai perkara. Bangsa yang menpelajari sejarah merupakan bangsa yang kenal akan asal usul mereka. Suara anak muda ini mula khuatir akan kebejatan yang membelenggu negara. Adakah kita mahu melihat berlakunya babak-babak pengulangan sejarah yang pernah hampir-hampir menggadai maruah bangsa. Sebelum mencapai kemerdekaan, pejuang bangsa amat tulen dalam memastikan tanah tumpah darah ini tidak dijajah oleh orang asing. Kini, adakah masih terdapat pejuang bangsa yang tulen dalam mempertahankan kemerdekaan negara ini? Pelbagai virus-virus perosak bangsa telah mula menular dalam dada-dada pemimpin generasi kini. Isu-isu global yang semakin meniti dari bibir ke bibir adalah rasuah dan penyelewengan kuasa. Mengapakah perkara ini berlaku? Perlu diingatkan bahawa isu ini adalah virus yang paling bahaya sehingga boleh menggadai maruah negara lantas menjatuhkan negara ke lembah yang terlalu hina! Kepada pemimpin-pemimpin negara ini, Suara Anak Muda ini yang bimbang akan hancurnya kemerdekaan yang berusia 50 tahun ini musnah dalam sekelip mata. Ingatlah... perjalanan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk memartabatkan negara sebagai sebuah negara yang merdeka amatlah sukar. Oleh hal yang demikian BERSIHKANLAH NEGARA DARI VIRUS MAUT INI! - SUARA ANAK MUDA "PENCETUS REVOLUSI MINDA BANGSA"